JAKARTA – Seorang lelaki ditangkap ketika mencuri barangan milik jemaah yang sedang beriktikaf di sebuah masjid di Jakarta, lapor laman berita Detik semalam.
Kejadian berlaku semalam ketika jemaah sedang tidur.
Pengarah Institut Pembangunan Media Masjid Istiqlal, M. Asdar berkata, kejadian berlaku sebelum waktu subuh ketika jemaah sedang beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan.
“Pencuri itu mengambil peluang ketika jemaah tidur.
“Beg jemaah yang berada di merata tempat diselongkar,” kata Asdar.
Menurutnya, suspek telah diserahkan kepada pihak polis.
Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jakarta Pusat, Inspektor Pertama Erlyn Sumantri berkata, suspek yang berusia 40 tahun mencuri beberapa buah telefon bimbit. – AGENSI














