fbpx
Rakyat Iran mengumpul barang-barang mereka dari runtuhan bangunan kediaman di Tehran pada 12 Mac lalu. - AFP

China akan hantar bantuan kemanusiaan ke Iran, Lubnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – China  akan memberi bantuan kemanusiaan kepada negara-negara rantau Asia Barat termasuk Iran dan Lubnan  yang menjadi sasaran serangan Amerika Syarikat (AS) dalam konflik  kini memasuki minggu ketiga.

Beijing menggesa Washington dan Tel Aviv  berhenti menyerang  dua negara tersebut,  selain turut mengkritik Tehran kerana membedil negara-negara Teluk yang menempatkan pangkalan tentera AS.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata, perang itu menyebabkan malapetaka kemanusiaan serius di Iran dan negara Asia Barat  lain.

“China memutuskan untuk memberikan bantuan kemanusiaan kecemasan kepada Iran, Jordan, Lubnan dan Iraq. 

“Diharapkan bantuan ini akan membantu meringankan penderitaan yang dihadapi penduduk tempatan,” kata Lin pada sidang akhbar tanpa memberikan butiran lanjut.

China berusaha untuk menjadi pengantara dalam perang tersebut, dengan utusan khasnya ke Asia Barat, Zhai Jun, menggesa pengunduran konflik.

Diplomat tertinggi Beijing, Wang Yi berkata, perang itu sepatutnya tidak berlaku dan menyeru agar pertempuran dihentikan.

Presiden Donald Trump sebelum ini menggesa China untuk membantu Washington membuka semula Selat Hormuz.

Laluan laut penting itu telah ditutup dengan berkesan oleh Iran sebagai tindak balas terhadap serangan AS dan Israel. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN