fbpx
Muhammad Sanusi

Aduan gangguan bekalan air musim raya berkurangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Aduan berkaitan gangguan bekalan air pada musim perayaan di negeri ini berjaya dikurangkan sejak tiga tahun lalu susulan pelaksanaan pelan kontingensi yang dirangka bagi menangani masalah tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pelan berkenaan merangkumi penyediaan kemudahan tambahan termasuk tangki air, pam serta langkah pengurusan agihan yang lebih sistematik.

“Alhamdulillah, tiga tahun kebelakangan ini menjelang musim perayaan, aduan tidak banyak seperti dahulu kerana kita sudah menyiapkan pelan kontingensi untuk mengatasi peningkatan penggunaan bekalan air,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Menurutnya yang juga Pengerusi Syarikat Air Darul Aman (SADA), penggunaan lori tangki air kini hanya melibatkan beberapa lokasi tertentu yang jumlahnya jauh berkurangan berbanding sebelum ini.

“Pengagihan menggunakan lori hanya di dua atau tiga tempat sahaja, tidak sebanyak dahulu. Penggunaan penghantaran air juga berkurangan secara drastik,” ujarnya.

Selain itu, katanya, pengurangan penggunaan lori tangki turut memberi penjimatan kos yang ketara kepada kerajaan negeri.

“Kos turun dengan banyak, tidak sampai juta seperti sebelum ini. Kita hanya gunakan lori milik SADA sahaja, tidak perlu lagi menggunakan lori luar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI