fbpx
PETUGAS kecemasan Israel memadamkan api pada sebuah kereta di lokasi sasaran misil Iran di Ramat Gan dekat Tel Aviv pada 3 Mac lalu. – AFP

2 lagi warga Israel jadi korban peluru berpandu Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEL AVIV – Serangan peluru berpandu Iran membunuh dua orang berhampiran Tel Aviv, kata pasukan paramedik hari ini, ketika syarikat kereta api nasional menggantung operasi akibat serpihan peluru di sebuah stesen di bandar raya itu.

Pihak berkuasa melaporkan, misil yang jatuh mengenai beberapa lokasi di tengah Israel dalam serangan selama semalaman yang mencetuskan siren serangan udara,  sehari selepas Israel mengebom Iran dan Lubnan.

Angka korban serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel sejak Perang Asia Barat bermula bulan lalu meningkat kepada 14 orang.

Rakaman AFP dari Ramat Gan iaitu bandar di luar Tel Aviv menunjukkan anggota  polis, penyelamat  dan tentera berada di jalan yang dipenuhi serpihan.

Perkhidmatan perubatan kecemasan Israel,  Magen David Adom berkata,  dua orang ditemui mati di tempat kejadian.

“Kami melihat asap berkepul-kepul dari sebuah bangunan dengan kerosakan teruk dan serpihan kaca pecah,” kata pasukan paramedik.

Di Bnei Brak, sebuah lagi bandar di kawasan Tel Aviv, seorang lelaki cedera akibat terkena serpihan, kata perkhidmatan perubatan itu. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI