fbpx
Tangkap layar memaparkan rakaman CCTV yang dimuat naik di media sosial.

[VIDEO] Lintas tak tengok kiri kanan, kereta orang lain jadi mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tular di media sosial rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan kemalangan membabitkan dua buah kereta jenis Perodua Bezza dan Proton Saga di Jalan Berek 12 di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.23 pagi itu, sebuah Perodua Bezza berwarna biru dilihat memasuki lorong kiri sebelum diikuti sebuah Proton Saga dari arah sama.

Bagaimanapun, situasi bertukar cemas apabila seorang pejalan kaki secara tiba-tiba melintas jalan tanpa melihat keadaan lalu lintas.

Tindakan itu menyebabkan pemandu Bezza terbabit terpaksa memberhentikan kenderaan secara mengejut bagi mengelak melanggar individu berkenaan.

Akibatnya, Proton Saga yang berada di belakang tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian belakang kenderaan tersebut.

Rakaman berkenaan turut menunjukkan bahagian hadapan Proton Saga mengalami kerosakan teruk, manakala keadaan Perodua Bezza tidak dapat dipastikan.

Lebih mengecewakan, pejalan kaki yang menjadi punca kejadian dilihat terus beredar meninggalkan lokasi tanpa memberikan sebarang bantuan.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.

“Dah menyusahkan orang lain pula, adoi naya. gara-gara pak cik tu, lepas tu blah macam tu,” kata @Hafiz Asraf.

“Tu la pentingnya jaga jarak. salah pak cik tu pun yang kita nampak. Pergi balai, kereta belakang kena sama, insurans dia juga kena,” kata @Msyafiq_roni.- KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI