PETALING JAYA – Walaupun bulan Ramadan masih berbaki beberapa hari, keadaan trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan sudah mula sesak seawal hari ini susulan anak perantau mula bergerak pulang ke kampung.
Menerusi satu hantaran di laman Threads oleh @Hzqzuki, kelihatan deretan kenderaan memenuhi laluan bertentangan dipercayai menuju ke arah utara.
“Baru hari Selasa, sudah ini macam. Hati-hati sepanjang perjalanan semua,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen ada yang mendakwa laluan menuju ke Gua Musang, Kelantan juga mula dipenuhi kenderaan.
“Arah Gua Musang Kelantan pun dah banyak kereta masuk,” kata @Hamizahzarina.
Dalam pada itu, seorang lagi pengguna, @Maznifarahanim berpendapat tindakan pulang awal mungkin dapat mengurangkan kesesakan pada saat akhir.
“Baguslah balik dulu, orang yang kemudian balik ni boleh balik dengan aman,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
View on Threads














