fbpx
Keadaan beberapa rumah kayu yang musnah dalam kebakaran di Pulau Ketam, Kuala Perlis hari ini.

Ujian besar penduduk Pulau Ketam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PERLIS – Lima keluarga di Pulau Ketam di sini berdepan ujian besar apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah hari itu, empat rumah musnah sehingga 99 peratus, manakala sebuah lagi kira-kira 30 peratus.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Penguasa Bomba Nurul Najwa Ahmad Nizam berkata, operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran sepanjang 61 meter dengan tiga pancutan air.

Katanya, operasi turut mendapat bantuan daripada Pasukan Bomba Sukarela Kuala Perlis, Simpang Empat dan Kodiang.

“Kedudukan rumah yang rapat serta tiupan angin antara faktor yang menyebabkan api marak dan merebak dengan pantas,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN