fbpx
ORANG ramai menunggu di sebuah perhentian bas di Havana ketika bekalan elektrik terputus semalam. – AFP

Saya boleh lakukan apa sahaja dengan Cuba-Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Donald Trump semalam berjanji  untuk ‘mengambil’  Cuba ketika negara  pulau komunis itu dibelenggu gangguan bekalan elektrik meluas yang dikaitkan dengan sekatan minyak Washington. 

Setelah hampir tujuh dekad menentang Amerika Syarikat (AS), Havana berada di bawah tekanan hebat daripada pentadbiran Trump yang bertekad untuk mencipta sejarah. 

“Anda tahu, sepanjang hidup ini, saya telah mendengar tentang Amerika Syarikat dan Cuba. Bilakah Amerika Syarikat akan melakukannya?

“Saya benar-benar percaya saya akan mendapat penghormatan untuk mengambil Cuba.Sama ada saya membebaskannya atau mengambilnya, saya boleh melakukan apa sahaja yang saya mahu dengannya. Mereka adalah negara yang sangat lemah sekarang,” Trump memberitahu wartawan di White House. 

Kenyataan itu adalah  ancaman Trump yang paling jelas dan berlaku ketika pulau mempunyai 9.6 juta penduduk itu bergelut gangguan bekalan elektrik yang melumpuhkan. 

Dalam usaha untuk mengurangkan tekanan ekonomi   dan memenuhi tuntutan AS, seorang pegawai kanan ekonomi  Cuba mengumumkan bahawa rakyat Cuba yang hidup dalam buangan  boleh melabur dan memiliki perniagaan di pulau itu.

Akhbar The New York Times pula melaporkan semalam bahawa pentadbiran Trump memberi isyarat  bahawa AS mahu Presiden Cuna, Miguel Diaz-Canel disingkirkan daripada kuasa. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN