fbpx
Gambar hiasan.

Ramai ‘tersadai’ di KLIA, tak lepas balik raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kegembiraan orang ramai untuk pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri terbantut apabila segelintir daripada mereka mendakwa ‘tersadai’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Isu tersebut tular di media sosial selepas beberapa pengguna berkongsi pengalaman tidak dapat menaiki pesawat.

Seorang personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim, mendakwa beliau turut menjadi mangsa apabila tidak dibenarkan mendaftar masuk bagi penerbangan domestik yang dijadualkan berlepas pukul 7.30 pagi.

Menurutnya, dia telah tiba seawal pukul 5.15 pagi, namun dimaklumkan penerbangan tersebut telah penuh.

“Kami salah satu mangsa tadi. Ini kali pertama beli penerbangan domestik, tetapi bila sampai tak boleh check-in, katanya kapal sudah penuh.

“Online check-in pula tak boleh sebab bawa bayi, kena daftar di kaunter. Akhirnya kami tersadai hampir tiga jam,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Lebih mengecewakan, dia turut mendakwa tempat duduk yang telah dibeli juga diberikan kepada penumpang lain.

“Seat kami beli pun tak dapat, dia bagi orang lain. Nak ‘refund’ pun kena buat permohonan sendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang pengguna dikenali Johan berkata, pesawatnya yang sepatutnya berlepas pada pukul 4.05 petang mengalami beberapa kali penangguhan menyebabkan dia tersadai kira-kira satu jam 20 minit.

Menurutnya, jadual penerbangan tersebut telah ditunda kepada 4.45 petang, kemudian ke 5.05 petang sebelum sekali lagi ditangguhkan ke 5.25 petang.

“Setiap kali dekat waktu nak boarding, tiba-tiba ada notis delay. Memang penat tunggu, lagi-lagi kalau ada urusan penting atau nak sambung perjalanan lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN