fbpx
Keir Starmer/AFP

PM Britain tolak sertai perang bersama AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Perdana Menteri Keir Starmer menyatakan bahawa Britain tidak akan diheret ke dalam perang lebih meluas di Iran, tetapi akan bekerjasama dengan sekutu Barat untuk membuka semula Selat Hormuz, lapor akhbar Arab News kelmarin.

Pada sidang akhbar bagi meredakan kebimbangan rakyat mengenai peningkatan kos tenaga, Starmer sekali lagi mewajarkan keputusannya untuk tidak menyertai serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel walaupun dikritik Presiden Donald Trump.

Hujung minggu lalu, Trump meminta Britain, China, Perancis, Jepun dan Korea Selatan menghantar kapal perang untuk membantu membuka semula Selat Hormuz.

Namun, Starmer berkata, sebarang tindakan memerlukam persepakatan bersama.

Jepun dan Australia tidak akan menghantar kapal tentera laut masing-masing ke selat itu. Greece dan Jerman juga menolak berbuat demikian, dengan Berlin menambah, misi itu bukan tanggungjawab anggota Pertubuhan Pejanjian Atlantik Utara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN