LANGKAWI – Pertuduhan terhadap aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak yang dijadualkan berlangsung di Mahkamah Majistret di sini hari ini ditangguhkan pada 17 Mei depan.
Pada prosiding di hadapan Majistret Hemy Annerina Haja Mydin, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim memohon tempoh sekurang-kurangnya dua bulan bagi membolehkan tertuduh dibawa ke mahkamah selain memaklumkan Tamim Dahri dikesan ke Riyadh, Arab Saudi melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok, Thailand pada kelmarin.
Pihak pendakwaan bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada tertuduh masuk ke negara tersebut menggunakan visa pelancong atau visa umrah yang mempunyai tempoh masa berbeza.
Semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, Tamim Dahri akan didakwa di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan berhubung tindakan merosakkan solem suci di Tapak Lama Kuil Sri Maha Muniswarar, Langkawi. – KOSMO! ONLINE














