PETALING JAYA – Pengarang pertama akhbar Kosmo!, Hamzah Sidek dilaporkan meninggal dunia hari ini.
Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan menerusi perkongsian mesej oleh para kenalannya.
“Assalamualaikum, beliau (Hamzah) telah kembali ke rahmatullah,” menurut makluman tersebut.
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Salahuddin Al-Ayubbi, Taman Melati di ibu negara selepas solat tarawih.
Jenazah dijangka dikebumikan pada malam ini juga di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota selepas selesai solat tarawih.
“Segala perubahan info akan dimaklumkan semula,” kata mesej berkenaan. – KOSMO! ONLINE














