fbpx
Tangkap layar perbualan WhatsApp tersebut yang dikongsikan di Threads. - GAMBAR HIASAN

Mengaku polis guna MCAD ‘try’ bini orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan tidak profesional seorang individu yang mengaku sebagai anggota polis menggunakan sistem maklumat jabatan untuk mendapatkan nombor telefon seorang wanita bagi tujuan peribadi mendapat kecaman orang ramai.

Menerusi hantaran tular di Threads oleh @Adillahashim_, mangsa mendedahkan tangkap layar perbualan WhatsApp daripada individu terbabit.

Menurutnya, kejadian bermula apabila suaminya membawa kenderaan mereka untuk diperiksa sebelum dia dihubungi oleh lelaki berkenaan secara tiba-tiba.

“Suami aku bawa kereta pergi servis, dia boleh semak sistem sebab nak ambil nombor telefon,” katanya.

Individu terbabit secara terang-terangan mengaku menyemak maklumat kenderaan mangsa menggunakan sistem Mobile Card Acceptance Device (MCAD).

Mangsa dihubungi selepas anggota polis itu melihat gambarnya dan turut bertanyakan status perkahwinannya.

“Saja semak guna MCAD, tengok ada gambar awak saja nak ‘try’,” kata anggota polis itu.

Netizen turut mendakwa bahawa tindakan menggunakan akses rasmi bagi kepentingan peribadi ini adalah sama sekali tidak wajar.

“Ini merupakan pencerobohan privasi yang sangat serius. Tolong buat aduan rasmi ke atas individu ini tak kira dia polis atau bukan,” kata @Suzannetiyon. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN