fbpx
Gambar Masjid Al-Aqsa dimuat naik di laman Facebook Anwar Ibrahim hari ini. - Foto AFP

Malaysia kecam Israel tutup Masjid Al-Aqsa menjelang Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Malaysia mengecam tindakan Israel menutup pintu Masjid Al-Aqsa ketika umat Islam di seluruh dunia bersiap menyambut Aidilfitri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu menyebabkan umat Islam dinafikan hak untuk beribadah di tapak suci ketiga Islam termasuk pada penghujung Ramadan dan ketika sambutan Aidilfitri.

“Tindakan Israel tidak mempunyai asas sah dari segi undang-undang, moral mahupun mana-mana konsep maruah kemanusiaan yang tulus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar berkata, penutupan berterusan Masjid Al-Aqsa merupakan satu pelanggaran jelas undang-undang antarabangsa dan tidak boleh dipertahankan sama sekali.

“Kelangsungan tindakan ini mencerminkan tahap kekebalan yang semakin meningkat dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, Malaysia menggesa pintu Masjid Al-Aqsa dibuka segera serta menyeru negara-negara yang mempunyai pengaruh agar bertindak lebih tegas.

“Malaysia menyeru semua kerajaan yang mempunyai pengaruh sebenar dalam perkara ini supaya melangkaui kenyataan semata-mata dan menggunakan tekanan nyata bagi memastikan ia dibuka dengan segera,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut menyampaikan solidariti kepada umat Islam Palestin yang menyambut Aidilfitri dalam keadaan serba mencabar.

“Keimanan, kesabaran dan ketabahan anda dilihat. Anda tidak bersendirian. Rakyat Malaysia akan terus bersuara dan bertindak sedaya mampu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI