fbpx
Mangsa diberikan rawatan kecemasan di tempat kejadian sebelum meninggal dunia. - Thai CH8

Lelaki temui ajal, dipijak gajah ketika buang air kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang warga emas maut selepas diserang seekor gajah liar di Nakhon Nayok kelmarin, selepas dia terserempak haiwan itu semasa membuang air kecil di belakang rumahnya, lapor laman berita Thaiger.

Anggota penyelamat tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi (waktu tempatan) dan menemui mangsa yang dikenal pasti sebagai lelaki berusia 87 tahun, Heng Sae-Roo. Dia cedera parah selepas dipijak gajah tersebut.

Mangsa diberi pertolongan cemas di tempat kejadian dan dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia. 

Penduduk kampung berkata, mangsa bangun daripada tidur dan keluar untuk membuang air kecil di belakang rumahnya sejurus sebelum kejadian itu. 

Dia dilaporkan terserempak seekor gajah liar yang sesat dari Taman Negara Khao Yai semasa mencari makanan di ladang nanas berdekatan.

Gajah itu dilaporkan terkejut melihat lelaki itu lalu menyerangnya, menyebabkan mangsa cedera parah.

Pegawai hidupan liar mendorong gajah itu kembali ke kawasan hutan dalam Taman Negara Khao Yai untuk mengelakkan bahaya selanjutnya kepada penduduk lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN