JEMPOL – Padah buat seorang lelaki apabila perbuatannya memecahkan televisyen litar tertutup (CCTV) milik sebuah klinik selepas menyedari perbuatannya membuang air kecil terakam telah dijatuhkan hukuman denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini.
Majistret, Elizabeth Low menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Norrizam Muhammad, 58, selepas lelaki itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.
Mahkamah turut menetapkan hukuman sebulan penjara sekiranya tertuduh gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, J Vesvanathan. – KOSMO! ONLINE














