fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh @Meirose1969 di laman Threads.

Jurujual beri layanan baik, terus beli kasut 2 pasang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Niat sekadar mencuci mata bertukar menjadi pembelian apabila seorang wanita terpikat dengan layanan mesra seorang jurujual di butik Onitsuka Tiger di Pavilion Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran di Threads oleh @Meirose1969, dia pada awalnya hanya singgah ke butik berkenaan tanpa sebarang niat untuk membeli namun, layanan baik dan sopan daripada jurujual itu telah mengubah keputusannya sehingga membeli bukan hanya sepasang, malah dua pasang kasut.

“Saya pergi butik Onitsuka Tiger di Pavilion dalam pukul 2 petang tadi. Sebenarnya saya hanya mahu tengok-tengok je, tapi jurujual ini layan saya dengan baik dan sopan.

“Sorry adik, tak sempat tanya nama. Dari nak tengok je, saya beli dua pasang. Keep up the good job. Semoga awak dimurahkan rezeki ye, terima kasih layan mak cik tadi,” tulisnya.

jurujual terbabit tampil di ruangan komen menerusi akaun @Xrf_mn, dia mengakui gembira dapat memberikan layanan terbaik kepada pelanggan berkenaan.

“Acik, saya pun gembira layan acik dan pak cik tadi. Saya gembira bila pelanggan gembira. Maaf kalau ada terkurang ke apa,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.

“Saya memang kalah kalau jurujual baik macam ni. dari window shopping boleh jadi borong terus. lepas tu balik menung jap, kena pukau ke aku ni,” kata @Khadijah_rashid,

“Bagus layanan adik ni. daripada tak nak beli, tengok kesungguhan & kesabaran dia melayan terus macam terpukau beli, syabas dik,” kata @Myname_dayana1985.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN