fbpx
WINDSOR mengakui wujud perbezaan melibatkan kes FAM dan Timor Leste biarpun pemalsuan dokumen adalah teras utama.

Harimau Malaya mungkin tidak digantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD Harimau Malaya dijangka tidak akan ‘digantung’ daripada menyertai kelayakan Piala Asia edisi 2031 seperti hukuman yang diterima oleh Timor Leste susulan isu pemalsuan dokumen pemain warisan sebelum ini.

Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John menjelaskan kedua-dua kes adalah berlainan meskipun secara dasarnya boleh dianggap sama dengan isu pemalsuan sebagai teras utama.

Menurut Windsor, kesalahan Timor Leste dikesan selepas kejohanan berakhir dan atas sebab itu mereka dikenakan hukuman bagi kejohanan seterusnya berbanding Harimau Malaya yang mana ketika saingan kelayakan.

Kata Windsor, Artikel 25 Kod Disiplin AFC dam Artikel 56 jelas menunjukkan mengenai keputusan atau hukuman yang Jawatankuasa Disiplin boleh ambil.

“Peraturan itu tidak memberi kuasa kepada Jawatankuasa Tatatertib untuk memberi hukuman lebih daripada apa yang termaktub. Jadi, kes Timor Leste itu, pertandingan sudah selesai baru kita jumpa kesalahan.

“Apabila pertandingan sudah habis, kita tidak boleh hukum dia (Timor Leste) ke belakang, anda kena hukum ke depan. Sebab itu Timor Leste dilarang bermain dalam edisi (kelayakan Piala Asia) edisi seterusnya.

“Harimau Malaya pula situasi dia lain. Perkara ini dijumpai ketika pertandingan sedang berjalan. Tidak boleh kata Timor Leste dengan FAM sama, situasi tak sama,” katanya pada sidang media di Wisma FAM, semalam.

Sebagai rekod, AFC pernah menggantung Timor Leste daripada menyertai kelayakan Piala Asia 2023 selepas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Timor Leste (FFTL), Amandio de Araujo didapati memalsukan dokumen bagi kewarganegaraan 12 pemain Timor Leste.

Situasi itu sekali gus menepis dakwaan bahawa Harimau Malaya akan menerima nasib yang sama apabila digantung menyertai kempen kelayakan Piala Asia akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN