fbpx
Tangkap layar hantaran di Threads.

Cuti dah lulus, flight Air Asia pula batal?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tular hantaran di media sosial yang mendakwa berlaku pembatalan penerbangan melibatkan AirAsia sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna.

Menerusi perkongsian di laman Threads, seorang wanita mendakwa bahawa penerbangannya menaiki pesawat AirAsia ke Bali, Indonesia pada April depan telah dibatalkan.

Menurutnya, dia menerima makluman pembatalan itu menerusi notis ringkas di emel daripada pihak AirAsia.

“Weh ‘flight’ (penerbangan) AirAsia (batal), kita dah teruja nak travel (melancong) lepas raya, cuti pun dah lulus, siapa tahu sebab apa? Atau sebab perang?” katanya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dan ramai turut berkongsi status penerbangan masing-masing, khususnya yang bakal berlepas dalam masa terdekat.

“Ini saya baru tengok, penerbangan ke Jakarta pun batal juga,” ujarnya.

“Kakak saya terbang ke Turkiye raya kelima pun batal,” kata seorang pengguna.

“Penerbangan dari Brunei ke Jakarta juga dibatalkan,” jelas seorang lelaki.

Bagaimanapun, terdapat pengguna memberitahu, tidak semua perubahan jadual bermaksud penerbangan dibatalkan sepenuhnya, sebaliknya mungkin melibatkan penjadualan semula.

Sehingga kini, AirAsia belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan tular tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN