fbpx
Anwar menerima penerangan daripada Lip-Bu Tan dan pasukan Intel Corporation di Putrajaya semalam.

Anwar terima kunjungan CEO Intel Corporation

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima penerangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Intel Corporation, Lip-Bu Tan tentang perkembangan terkini peluasan pelaburan Intel di Malaysia semalam.

Menurut beliau, perbincangan tertumpu kepada usaha menyokong pembangunan kompleks pembungkusan termaju serta pembuatan pemasangan dan ujian yang merupakan komponen utama peluasan pelaburan Intel di Malaysia.

“Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar Intel Foundry, Naga Chandrasekaran pula telah menggariskan rancangan untuk memulakan fasa pertama kompleks tersebut dengan pemasangan dan ujian bagi pembungkusan termaju.

“Saya menyambut baik keputusan pihak Intel untuk memulakan operasi bagi kompleks tersebut pada lewat tahun ini,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Anwar berkata, penekanan turut diberikan kepada latihan berterusan dan peningkatan kemahiran bagi bakat tempatan sepanjang rantaian nilai.

Menurut beliau, perkara itu penting dalam usaha kerajaan menjana pekerjaan bernilai tinggi selari dengan aspirasi Ekonomi Madani.

“Jentera Kerajaan Madani akan terus menjadi rakan dan pemudah cara bagi pelaburan-pelaburan yang jelas akan memberi manfaat jangka masa panjang sebagaimana yang disasarkan dalam pelan-pelan yang telah dilancarkan termasuk Strategi Semikonduktor Nasional,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI