fbpx
API dan asap menjulang di udara akibat serangan udara di Kabul semalam. – AFP

Afghanistan tuduh Pakistan bom hospital, 400 terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KABUL – Afghanistan menuduh Pakistan menyerang sebuah hospital untuk merawat penagih dadah di Kabul lewat semalam,  dengan serangan udara itu membunuh sekurang-kurangnya 400 orang, lapor saluran berita CNN.

Ia menandakan peningkatan dramatik konflik bermula akhir bulan lalu, yang menyaksikan pertempuran rentas sempadan berulang serta serangan udara di dalam Afghanistan. 

Seruan masyarakat antarabangsa untuk gencatan senjata juga tidak diendahkan.

Timbalan jurucakap kerajaan Afghanistan,  Hamdullah Fitrat  dalam hantaran di laman X  berkata,  serangan  Pakistan berlaku kira-kira  pukul  9 malam (waktu tempatan) dan memusnahkan sebahagian besar hospital dilengkapi 2,000 katil itu.

“Angka kematian setakat ini (semalam) mencecah 400 orang, manakala kira-kira 250 mangsa  cedera,” katanya.

Stesen televisyen tempatan menyiarkan rakaman pasukan keselamatan menggunakan lampu suluh semasa membawa keluar mangsa, sementara anggota bomba berusaha  memadamkan api di celah-celah runtuhan bangunan.

Jurucakap kerajaan Afghanistan,  Zabihullah Mujahid mengutuk serangan itu dan  menuduh Pakistan ‘menyasarkan hospital serta kemudahan awam untuk melakukan kekejaman.’

Kementerian Penerangan Pakistan bagaimanapun berkata,  serangan Islamabad ‘secara tepat menyasarkan kemudahan tentera dan infrastruktur sokongan pengganas termasuk peralatan teknikal serta peluru Taliban Afghanistan’ dan pemberontak Pakistan yang berpangkalan di Kabul serta  Nangarhar. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI