fbpx
Ahmad Samsuri (kiri) beramah-mesra dengan salah satu pasangan nelayan yang menerima rumah baharu di PSN Beting Lintang, Besut hari ini.

100 nelayan Terengganu masuk rumah baharu menjelang Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Sambutan Aidilfitri 100 nelayan sekitar daerah ini dan Kemaman tambah bererti apabila mereka dapat memasuki rumah baharu yang dinanti sejak sekian lama.

Seramai 50 nelayan daerah ini menerima rumah di bawah Penempatan Semula Nelayan (PSN) Beting Lintang manakala baki 50 nelayan pula di PSN Pulau Sekepeng, Kemaman.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, projek PSN Beting Lintang dan Pulau Sekepeng ini masing-masing mempunyai 50 rumah buat nelayan.

“Setiap rumah teres setingkat seluas 800 kaki persegi (74.32 meter persegi) mempunyai reka bentuk patuh syariah dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air.

“Kesemua 100 rumah nelayan itu dibina dengan kos keseluruhan RM29.2 juta menggunakan peruntukan kerajaan negeri Terengganu dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),” katanya selepas menyerahkan kunci rumah kepada 100 nelayan terbabit di PSN Beting Lintang di sini hari ini.

Sementara itu, seorang nelayan, Suhaimi Sulaiman, 43, menganggap penerima rumah baharu tersebut sebagai rezeki raya paling berharga buatnya.

“Lebih 10 tahun saya, isteri dan dua anak berusia 10 dan enam tahun menumpang teduh di rumah keluarga di Kampung Air Tawar di sini. Sebelum ini tidak pernah bermimpi pun untuk memiliki rumah sendiri. Bukan tidak mahu tetapi tidak mampu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI