fbpx
Tangkap layar video Brock sewaktu berbual dengan anggota Rela dikenali sebagai Al-Yahya.

[VIDEO] ‘Pak cik Rela bukan biasa-biasa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) meraih pujian orang ramai berkomunikasi dalam bahasa Inggeris ketika menjelaskan mengenai tugas hakikinya kepada lelaki dari Russia.

Menerusi video yang dimuat naik Alexey Brock di TikTok, lelaki itu berkata, dia bertanya kepada anggota dikenali sebagai Al-Yahya sewaktu mereka bertemu di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Brock bertanyakan mengenai pakaian seragam dipakai Al-Yahya yang berbeza dengan anggota Polis Diraja Malaysia. Lelaki asing itu turut bertanyakan tentang fungsi dan tugas anggota Rela.

“Saya bukan polis tetapi saya half police (untuk pemahaman mudah), kita panggil Rela. Polis di seluruh negara, tetapi kami hanya di satu-satu tempat.

“Jika tempat berubah, tugasan saya juga akan berubah. Sudah tentu saya seronok dengan apa yang saya lakukan sekarang,” katanya menerusi perbualan di dalam video tersebut.

Al-Yahya menceritakan bahawa beliau pernah berdepan pengalaman menghalang seorang pelanggan yang membawa makanan ke dalam premis ketika bertugas di sebuah premis perniagaan.

“Saya tak bagi (izin) mereka bawa makanan. Jadi mereka ‘gaduh’ dengan saya. Akhirnya mereka mengaku itu memang tugas saya. Jadi mereka pun pergi,” katanya.

Video tersebut mendapat pelbagai maklum balas dan rata-rata mereka memuji anggota Rela tersebut selain meneka lelaki tersebut pernah bekerja dalam pasukan beruniform sebelum ini.

“Pak cik Rela bukan biasa-biasa speaking (bercakap bahasa Inggeris),” kata Bro Nasa Official.

“Steady pak cik, bukan 100 peratus pandai speaking, cukup kita tahu nak bagi mereka faham saja,” komen Radin Banzai.

“Bekas tentera agaknya ini. Mantap bang,” kata Syed Zulfadli. – KOSMO! ONLINE

@alexey.brock🇲🇾I’ve seen their uniform before. Now I know..♬ original sound – Alexey.brock

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN