fbpx
Tangkap layar video memaparkan beberapa kenderaan mengalami kerosakan didakwa akibat perbuatan khianat di Jalan Chaah-Labis, Segamat, baru-baru ini.

[VIDEO] Objek tajam ditabur atas jalan akibatkan tayar kenderaan meletup, terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Sebuah video tular memaparkan beberapa kenderaan terlibat kemalangan yang didakwa berpunca daripada perbuatan khianat pihak tidak bertanggungjawab menabur objek tajam atas permukaan Jalan Chaah-Labis, Segamat.

Video yang tular di media sosial tersebut memaparkan beberapa kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) terpaksa berhenti di tepi jalan selepas tayar masing-masing mengalami kebocoran.

Difahamkan tayar kenderaan terbabit meletup sebelum terbabas dan warga maya menasihatkan pengguna jalan raya berhati-hati terutama sekali pada waktu malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Jumazanzahir Chek Ismail, pihak polis terkesan dengan sebuah video yang tular dan beberapa kenderaan didakwa rosak pada pukul 11.45 malam tadi akibat perbuatan khianat.

“Kejadian didakwa berlaku di Jalan Chaah-Labis antara laluan Simpang Maokil hingga ke laluan Tanah Perkuburan Cina, Chaah. Hasil rondaan pihak polis di Kilometer 141.5 Jalan Johor Bahru-Seremban, didapati sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza mengalami pecah tayar.

“Sehingga kini pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat belum menerima sebarang maklumat mahupun laporan polis mengenai kejadian yang ditularkan itu, namun tetap membuat rondaan dan risikan,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Mohd Jumazanzahir, pihak polis mengingatkan orang ramai untuk memastikan kesahihan sebarang berita sebelum menyebarkan maklumat dan mereka yang menjadi mangsa boleh tampil membuat laporan polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI