fbpx
Muaz Zabir mendedahkan pernah berhadapan situasi sama apabila terpaksa menunggu artis senior selama lapan jam.

‘Saya pernah tunggu 8 jam, artis senior datang lambat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Isu lewat datang ke lokasi penggambaran, pelakon Muaz Zabir mendedahkan pernah berhadapan situasi sama apabila terpaksa menunggu artis senior selama lapan jam.

Muaz atau nama penuhnya Muaz Mohamad Zabir, 29, memaklumkan kejadian tersebut berlaku pada awal kemunculannya dalam industri sewaktu dia belum memahami selok-belok dunia lakonan.

“Perkara ini pernahlah jadi tapi masa itu saya baru sangat berlakon, jadi saya tiada hak dan tidak faham lagi dunia industri macam mana.

“Saya pernah kena tunggu lapan jam sebabkan artis senior datang lambat, jadual dah berganjak. Sudah semestinya kena bagi watak utama dulu kan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Sepanjang tiga tahun bergelar pelakon, Muaz bersyukur tidak pernah menerima aduan mengenai hal kelewatan kerana enggan menyusahkan orang lain dengan masalah disiplin.

“Alhamdulillah setakat saya tiga tahun berlakon, tak pernah dapat aduan yang saya datang lambat sebab saya tak suka orang tunggu saya.

“Saya akan cemas sendiri, macam cepat berpeluh. Jadi bila orang tunggu saya di set, saya akan berpeluh,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, pelakon drama Bukan Hanya Sekadar Cinta itu menekankan kepentingan menghormati masa kerana tunggak utama merupakan penggerak sesebuah penggambaran.

“Saya tidak mahu menganggu set kerana bila kita lambat memang kena tunggu dia.

“Tapi kalau kru lambat, kita boleh jalan dan masih boleh teruskan. Pelakon tidak boleh, memang muka kau kena datang awal.

“Jadi, hormatilah masa orang lain supaya orang lain pun boleh menghormati kita,” tuturnya ketika tayangan perdana drama vertikal, My Ramadan Love Story iaitu karya terbaharunya.

My Ramadan Love Story merupakan kisah cinta sederhana tetapi sarat dengan nilai kemanusiaan dan keikhlasan yang dilakonkan Muaz Zabir, Ezzanie Jasny, Syarul Ezwan, Farah Nadiah dan Wan Raja.

Drama vertikal yang mengandungi 32 episod terbabit ditayangkan dalam aplikasi P-Circle bermula 9 Mac lalu hingga Hari Raya kedua kelak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI