fbpx
Sebanyak 13 ekor anak kambing biri-biri ditemukan mati di sebuah ladang. - Getty Images

Polis buru suspek patah leher 13 biri-biri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BELFAST – Polis memburu seorang suspek selepas lebih 12 ekor anak biri-biri ditemukan mati di sebuah ladang ternakan dengan keadaan lehernya sengaja dipatahkan, lapor akhbar Metro UK semalam.

Sebanyak 13 anak biri-biri ditemukan mati di Rostrevor, Ireland Utara, Sabtu lalu.

“Kami menerima laporan  anak-anak biri-biri ini mati di sebuah ladang di Jalan Drumsesk antara pukul 7 malam (waktu tempatan) hari Jumaat hingga 7.45 pagi (waktu tempatan) keesokannya,” kata pegawai polis tempatan, Inspektor Reynolds.

“Nampaknya, leher biri-biri ini sengaja dipatahkan,” tambahnya.

Sementara itu, calon bebas untuk kawasan tersebut, Marc Gibbons berkata, insiden itu amat mengerikan dan kejam.

“Melakukan perkara ini kepada seekor anak biri-bir sudah cukup mengerikan  tetapi melakukannya 13 kali adalah amat kejam,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN