fbpx
Anthony merasmikan bangunan baharu itu di ibu pejabat LPK, Pelabuhan Klang, Selangor hari ini. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/KOSMO

Pesara tentera dapat laluan khas lesen E

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Kerajaan akan memberi laluan khas kepada pesara dan veteran tentera mendapatkan lesen kelas E bagi memandu jentera berat susulan kekurangan pemandu dalam industri.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif itu menyasarkan pesara berusia lingkungan 40-an yang masih bertenaga dan mahir memandu jentera termasuk trak.

“Kita akan membuat padanan bagi pesara yang mahir memandu itu dan memiliki lesen tentera untuk menukar terus kepada lesen E.

“Menerusi mesyuarat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara baru-baru ini, kita bersetuju melaksanakan program bagi memberi laluan khas kepada golongan itu,” katanya ketika berucap merasmikan Bangunan Annex Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) dan program Iftar Ramadan di sini, malam ini.

Beliau menambah, semua syarikat logistik diseru menyediakan peluang pekerjaan kepada pesara dan veteran tentera yang mempunyai tahap displin, tahan lasak dan boleh memandu.

“Saya yakin banyak syarikat akan berminat Kita mahu inisiatif ini dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dalam kadar segera. Jabatan Pengangkutan Jalan juga telah ada program dengan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera,” ujarnya.

Anthony menegaskan langkah ini adalah inisiatif serampang dua mata bagi menangani isu kekurangan pemandu jentera berat, sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada golongan veteran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI