fbpx
Pemain Selangor, Faisal Halim meraikan jaringan ketika menentang KL City pada perlawanan Liga Super 2025/2026 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

Liga Super: Selangor menang aksi epik derbi Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Selangor FC terus mengekalkan rekod tanpa kalah sejak dibimbing Kim Pan-gon selepas melakar kemenangan dramatik 3-2 ke atas Kuala Lumpur City (KL City) di Stadium KL, Cheras sebentar tadi.

Pada perlawanan derbi Lembah Klang itu, skuad Gergasi Merah dilihat terdesak untuk merampas semula kedudukan No. 2 Liga Super selepas dipintas Kuching City, semalam.

Meskipun terpalit dengan tekanan, Gergasi Merah berjaya mendahului gol seawal minit ke-12 hasil penyudah yang dilakukan oleh kapten, Faisal Halim.

Namun, selepas itu aksi agak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi tidak dapat menambah jaringan gol selepas berakhir babak pertama.

Aksi bertambah rancak pada babak kedua apabila Selangor FC berjaya melebarkan kelebihan menerusi tandukan Mamadou Diarra pada minit ke-62 dan jaringan Hugo Boumous berselang tujuh minit kemudian.

Pemain Selangor, Chrigor Moraes diasak penjaga gol KL City, Quincy Julian Kammeraad pada perlawanan Liga Super 2025/2026 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

Enggan menyerah terlalu awal, KL City mempamerkan semangat juang tinggi apabila merapatkan kedudukan hasil penyudah Madger Gomes pada minit ke-72 dan Safawi Rasid (m-85).

Namun, usaha KL City untuk meraih keputusan seri tidak kesampaian selepas kedudukan 3-2 kekal hingga wisel penamat.

Selangor kini berada di kedudukan No. 2 dengan 42 mata, dibezakan tiga mata dengan Kuching City dan KL City yang meraih 39 mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI