fbpx
Anggota bomba dan penduduk kampung mengangkat mayat mangsa yang dijumpai terapung di Sungai Kampung Sadur, Senok dekat Bachok, hari ini. Foto IHSAN BOMBA

Lelaki lemas ketika tangkap ketam, udang di sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Seorang lelaki dijumpai lemas selepas keluar menyuluh ketam dan udang di Sungai Kampung Sadur, Senok di sini hari ini.

Mayat lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang masih berpakaian lengkap itu ditemukan terapung kira-kira 500 meter dari tebing sungai itu oleh seorang nelayan kira-kira pukul 1 tengah hari.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Rosli Muhammad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pihak polis kira-kira pukul 1.15 tengah hari sebelum keluar ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, anggota bomba bersama polis dan penduduk kampung menaiki bot nelayan untuk membantu mengangkat mangsa yang terapung di sungai berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati, mangsa tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri, namun kita percaya lelaki itu merupakan penduduk tempatan.

“Berdasarkan maklumat penduduk, mangsa pernah dilihat keluar menyuluh ketam dan udang di kawasan tersebut sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.

Rosli berkata, penduduk turut memaklumkan mangsa dipercayai lemas ketika menyuluh ketam dan udang di sungai berkenaan pada malam tadi, dan mayatnya telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN