fbpx
Tangkap layar video menunjukkan jemaah meneruskan qiamullail meskipun negara mereka dibom. - Instagram

Jemaah terus qiamullail meskipun dibom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANAMA – Satu klip video tular menunjukkan jemaah sebuah masjid di Bahrain meneruskan qiamullail pada malam 21 Ramadan ketika bunyi letupan kedengaran, dipercayai peluru berpandu Iran. 

Kejadian berlaku di Masjid Abu Hanifa Al-Nu’man, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @siasatdaily menunjukkan jemaah meneruskan berdoa meskipun kawasan itu digegarkan dengan bunyi letupan. 

Qiamullail tersebut dipimpin oleh Sheikh Salman bin Abdulaziz Al-Nafii. 

Letupan itu berlaku di tengah-tengah ketegangan Teluk yang semakin memuncak susulan serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 2.4 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Iman mereka sangat kuat,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI