fbpx
Anak ketiga diberi nama Audi. - TikTok

Adik-beradik diberi nama Volvo, Nissan, Audi, Mercedes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang gadis di Tangerang, wilayah Banten mengundang perhatian pengguna media sosial kerana mempunyai nama unik sempena jenama kereta, Mercedes Salzabilla, lapor portal berita Wolipop semalam.

Bukan sekadar itu, remaja lebih dikenali sebagai Salza itu berkata, semua adik beradiknya turut mempunyai nama diilhamkan daripada jenama kereta, sama sepertinya.

Dalam beberapa hantaran di media sosial, Salza berkongsikan bahawa abang sulungnya dinamakan Volvo. 

Ia diikuti dengan kakak-kakaknya yang bernama Nissan dan Audi serta dirinya Mercedes.

Menurut Salza, bapanya merupakan peminat bidang automotif, menyebabkan mereka adik beradik mempunyai nama unik itu.

“Mungkin kerana bapa saya meminati automotif, justeru nama-nama kami terinspirasi daripada itu,” kata Salza.

Hantaran tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada penggua media sosial.

“Awak tidur di bilik tidur atau garaj?” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN