fbpx
Sebahagian murid tidak berkemampuan dari sekolah rendah sekitar Putrajaya yang terpilih menerima sumbangan Aidilfitri hari ini.

391 murid kurang berkemampuan terima sumbangan Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Biro Pendidikan Perpaduan Putrajaya meneruskan tradisinya buat tahun ketiga apabila menyantuni 391 murid kurang berkemampuan menerusi agihan dan sumbangan Aidilfitri.

Ketua Biro Pendidikan Perpaduan Putrajaya, Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya berkata, penerima sumbangan itu dipilih dalam kalangan murid-murid dari sekolah rendah di Putrajaya.

Beliau berkata, jumlah penerima menunjukkan peningkatan tahun ini berbanding 320 orang tahun lalu.

“Penganjuran program ini bertujuan membantu meringankan beban keluarga serta menceriakan murid-murid terpilih dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya
Aidilfitri yang bakal tiba.

“Alhamdulillah, hasil keprihatinan dan sokongan semua pihak, jumlah keseluruhan sumbangan yang berjaya disalurkan melalui program ini adalah sebanyak RM39,100.

“Melalui program ini, setiap murid menerima kad AEONBIG bernilai RM100 bagi membolehkan mereka membeli pakaian atau keperluan Hari Raya di mana-mana premis AEONBIG di negara ini,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan di sini hari ini.

Katanya, walaupun sumbangan ini kelihatan kecil, namun beliau percaya ia mampu memberi kegembiraan dan semangat kepada anak-anak ini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan lebih ceria dan bermakna.

Hisamudin berkata, beliau turut merakamkan ribuan terima kasih kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek kerana memberi sokongan kepada program ini buat tahun ketiga berturut-turut.

Menurutnya,program seperti ini mencerminkan semangat kebersamaan antara sektor kerajaan, organisasi masyarakat dan pihak korporat dalam membantu golongan memerlukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI