fbpx
Anggota bomba mengeluarkan mangsa dari Proton Wira dalam kejadian di Batu 8, Lekir di Sitiawan hari ini. - Foto IHSAN JBPM

Warga emas maut terbabit kemalangan tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan berhampiran Sekolah Kebangsaan Batu 8 Lekir di Sitiawan petang tadi menyebabkan seorang warga emas berusia 74 tahun meninggal dunia.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3.17 petang tadi.

“Kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah lori tangka Lembaga Air Perak (LAP), sebuah kereta Honda City dan sebuah Proton Wira.

“Terdapat seorang mangsa tersepit di dalam kereta Proton Wira dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan.

Sabarodzi berkata, anggota bomba menggunakan peralatan hydraulic sehingga mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI