JAKARTA – Seorang wanita di Medan, wilayah Sumatera Selatan terkejut apabila kubur ahli keluarganya ditimpa dengan kubur baharu tanpa kebenaran, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku sebuah tanah perkuburan di Pulau Sicanang, bandar Belawan baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @zeesyashan.id menunjukkan sebahagian kubur itu ditimpa dengan kubur yang baru dibina.
Pemilik akaun menyatakan bahawa dia melawat kubur itu setahun sekali, dengan lawatan terakhir dilakukan pada tahun lepas.
“Saya juga tidak tahu kenapa jadi seperti ini. Kubur arwah adik ibu saya sudah jadi lain,” katanya di ruang komen.
Rakaman itu mencatatkan lebih 18,700 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Macam mana boleh bina atas kubur orang lain?” kata seorang netizen.
“Tinggi kubur itu,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














