fbpx
AHMAD Farazi maut akibat dihempap pokok tumbang di Jalan Stadium, Alor Setar hari ini. - Foto JBPM KEDAH

Penunggang motosikal maut dihempap pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seorang penunggang motosikal maut, manakala seorang lagi cedera ringan selepas dihempap pokok tumbang di Jalan Stadium, di sini hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Ahmad Farazi Kasim, 51.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berhampiran BBP Alor Setar itu kira-kira pukul 1.15 tengah hari tadi.

Katanya, panggilan kecemasan itu diterima daripada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum jentera dari BBP Alor Setar yang berada di lokasi kebakaran belukar di Kampung Sungai Baru diarahkan ke tempat kejadian terletak kira-kira tujuh kilometer dari lokasi tersebut.

“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati kejadian melibatkan dua motosikal yang melalui kawasan tersebut sebelum dihempap pokok tumbang.

“Akibat kejadian itu, seorang mangsa lelaki berusia 51 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi penunggang motosikal berusia lingkungan 20-an cedera ringan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN