fbpx
Gambar hiasan

Penduduk Johor, Sarawak berdepan hujan lebat hingga petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di beberapa kawasan sekitar Johor dan Sarawak hingga pukul 2 petang ini.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, hujan lebat berterusan itu melibatkan Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.

“Manakala, kawasan yang terlibat di Sarawak adalah Kuching (Bau dan Kuching), Serian (Serian) dan Samarahan,” katanya.

MetMalaysia memaklumkan, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN