fbpx
FABREGAS

Peluang terbaik Como pecah Top 4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

COMO – Pengendali Como, Cesc Fabregas enggan anak-anak buahnya leka dengan potensi beraksi di pentas Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan menjelang aksi Serie A menentang AS Roma di Stadio Giuseppe Sinigaglia Djarum awal pagi esok.

Pertemuan itu adalah peluang terbaik buat Como untuk memecah masuk kelompok empat teratas memandangkan mereka ketika ini berada di tangga kelima, 51 mata sama dengan Roma yang berada di tangga keempat.

Bagaimanapun, ia tidak mudah kerana dua pertembungan menentang Roma dalam tahun ini berakhir dengan kekalahan.

“Apabila saya mendengar para pemain bercakap mengenai UCL, ia menjengkelkan kerana sekarang bukan waktunya fikir tentang perkara ini. Kalau kami tak berjaya adakah kami dianggap gagal?” kata Fabregas.

Berbaki 10 perlawanan musim ini, Fabregas mahu barisan pemainnya cuba mengutip mata sebanyak mungkin kerana persaingan merebut tempat keempat yang merupakan slot terakhir ke UCL dilihat sangat rancak membabitkan Roma, Como dan Juventus di tangga keenam.

Tugas Como dilihat begitu mencabar kerana selain Roma, mereka masih perlu bertemu dua juara, Napoli dan Inter Milan.

“Saya mahu melihat pasukan Como yang berimpian besar, berani dan cuba melakukan perubahan dalam perlawanan. Ia bukan sesuatu yang mudah tetapi saya percaya ia mampu dilakukan,” jelas Fabregas.

Como dianggap antara pasukan terbaik Serie A musim ini menerusi 14 kemenangan, sembilan seri dan lima kekalahan dengan penyerang Greece, Anastasios Douvikas dan bintang muda Argentina, Nico Paz masing-masing meledak sembilan gol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN