fbpx
Pemain Kuching City, Moses Atede memberikan tentangan sengit terhadap pemain Penang FC dalam aksi Liga Super sebentar tadi. - Foto ihsan MFL

Liga Super: Kuching City, Imigresen FC pastikan tuan rumah ‘gigit jari’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pasukan Kuching City belum mengibarkan bendera putih dalam usaha memburu kedudukan kedua Liga Super apabila melakar kemenangan 1-0 ke atas Penang FC dalam aksi di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad The Cats kendalian Aidil Sharin Sahak terus memberi tekanan terhadap Selangor FC dan Kuala Lumpur City (KL City) selepas memintas kedudukan apabila meraih 40 mata selepas mengharungi 19 perlawanan.

Penyerang kelahiran Sarawak, Gabriel Nistelrooy meledak gol tunggal hasil kealpaan benteng pertahanan tuan rumah untuk menghadiahkan tiga mata penuh buat pelawat.

Sementara itu, Selangor FC pula akan menentang KL City dalam aksi derbi Lembah Klang di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, malam esok.

Sementara itu, di Stadium Likas, Imigresen FC mempamerkan semangat juang tinggi untuk menewaskan Sabah FC 2-1 di gelanggang keramat mereka.

Sabah FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas tewas sebentar tadi. – Foto ihsan MFL

Penyerang The Rhinos, Darren Lok meledak jaringan pada minit ke-30 tetapi pasukan pelawat bangkit meraih tiga mata hasil penyudah Wilmar Jordan Gil menerusi sepakan penalti dan Fayadh Zulkifli pada minit ke-83. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI