fbpx
SERAMAI 11 kanak-kanak yang konsisten 40 hari menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Jamek Ar-Rahman Kampung Pulai, Jasin menerima basikal dan sijil penghargaan.-Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

Istiqomah solat subuh, 11 kanak-kanak teruja dapat basikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JASIN – Seramai 11 kanak-kanak yang konsisten menunaikan solat Subuh berjemaah selama 40 hari di Masjid Jamek Ar-Rahman Kampung Pulai di sini menerima hadiah berupa sebuah basikal.

Sumbangan itu merupakan inisiatif di bawah Program Kempen Anak-Anak Solat Subuh Berjemaah yang dianjurkan sebagai galakan membiasakan generasi muda mendekati masjid.

Menurut salah seorang penerima, Muhamad Khalid Khalil, 9, dari Taman Pulai Indah, dia tidak sangka kesungguhan mengikut bapanya menunaikan solat subuh di masjid pada setiap hari mendapat pulangan sebuah basikal.

“Saya memang selalu ikut ayah datang solat Subuh di masjid, walaupun kadang-kadang mengantuk, saya tetap bangun sebab sudah biasa.

“Lepas ini saya akan terus datang solat berjemaah dengan ayah, walaupun tiada lagi ganjaran basikal, ” katanya kepada Kosmo! pada majlis penyampaian basikal tersebut oleh Pengasas Hamidah Food Industry, Datin Hamidah Zahir di Kampung Pulai di sini, hari ini.

Seorang lagi penerima, Muhammad Wafi Nor Aisamuddin, 9, pelajar Sekolah Arab Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Pernu pula memberitahu, kedudukan rumahnya yang berhampiran masjid memudahkan dia menghadiri solat berjemaah pada setiap hari.

“Rumah saya dekat dengan masjid, jadi rugi kalau saya tidak menggunakan manfaat itu untuk menunaikan solat fardu secara berjemaah,” ujarnya.

Sementara itu, wakil penaja Hamidah Food Industry Sdn. Bhd., Atika Liakatali berkata, berikutan sambutan menggalakkan, program tersebut akan diteruskan untuk fasa 40 hari seterusnya bagi memberi peluang kepada lebih ramai kanak-kanak menyertainya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN