fbpx
Kepulan asap naik ke udara selepas beberapa bangunan dibedil serangan Israel di kampung Abbasiyeh, selatan Lubnan baru-baru ini. - AFP 

Israel, Lubnan akan berunding tamatkan pertempuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEL AVIV – Israel dijangka mengadakan rundingan langsung pertama dengan Lubnan dalam beberapa hari akan datang sejak tercetusnya perang Iran, yang mengheret negara itu ke dalam konflik semakin mendalam, lapor akhbar Arab News. 

Menantu lelaki Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, Jared Kushner akan terlibat dalam rundingan yang bakal diadakan di Paris atau Cyprus. 

Pembantu rapat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, Ron Dermer akan mengetuai delegasi Israel, lapor akhbar Haaretz semalam. 

Rundingan tersebut akan menumpukan usaha untuk menamatkan pertempuran di Lubnan dan melucutkan senjata kumpulan Hezbollah, demikian menurut akhbar Haaretz.

Hezbollah berkata, serangan ke atas Israel pada 2 Mac lalu merupakan tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei yang berlaku pada permulaan perang AS-Israel.

Israel telah melancarkan kempen pengeboman secara meluas terhadap Hezbollah yang membunuh lebih 770 orang dan menyebabkan ratusan ribu lagi kehilangan tempat tinggal, manakala Hezbollah melepaskan ratusan roket merentasi sempadan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI