fbpx
RADIN RAMLAN

Guru besar pukul murid dibebaskan dengan jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang guru besar sekolah rendah yang disyaki memukul murid Tahun Satu sehingga cedera di sebuah sekolah di daerah ini telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh remannya berakhir semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisionsr Radin Ramlan Radin Taha berkata, lelaki berusia 48 tahun itu sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Menurut beliau, kes berkenaan kini masih dalam siasatan dan polis sedang dalam proses melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Katanya, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu ditemui dalam keadaan trauma serta mengalami kecederaan selepas kejadian yang dipercayai berlaku di sekolah terbabit.

“Polis menerima laporan dibuat oleh seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun pada pukul 9.46 pagi yang memaklumkan anak lelakinya dipukul oleh guru besar di sekolah tempat mangsa belajar.

“Mengikut laporan pengadu, kejadian dipercayai berlaku di kantin sekolah kira-kira pukul 7.39 pagi pada hari kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, polis menahan suspek di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara pada pukul 4.55 petang hari sama bagi membantu siasatan.

Tambahnya, hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian saringan awal air kencing yang dijalankan juga mendapati lelaki itu negatif dadah.

Sementara itu, siasatan awal mendapati murid terbabit ditemui dalam tandas sekolah dalam keadaan cedera sebelum dimaklumkan kepada ahli keluarganya.

Mangsa kemudian dibawa oleh keluarganya ke Hospital Sultanah Aminah di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut susulan kecederaan dialami.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana menganiaya atau mendedahkan kanak-kanak kepada kecederaan fizikal atau emosi.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI