KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan bersetuju untuk menjadikan hari Khamis iaitu 19 Mac ini bersamaan dengan 29 Ramadan sebagai cuti kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, cuti tersebut bagi memberi laluan kepada persiapan menyambut hari lebaran dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.
“Semoga cuti hari kelepasan am ini menjadi peluang berharga untuk dimanfaatkan bersama keluarga tercinta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE














