fbpx
Kumar

Zamri, Tamim keluar negara melalui jalan sah – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PETALING JAYA – Penceramah bebas, Zamri Vinoth serta aktivis Tamim Dahri dikesan keluar dari negara ini melalui laluan sah ke Thailand.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang menjejaki kedua-dua mereka untuk dibawa pulang bagi menghadapi pertuduhan di mahkamah.

Jelasnya, pihaknya menerusi pegawai perhubungan keselamatan (SLO) PDRM di Thailand sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa negara itu bagi mengesan kedua-dua individu terbabit.

“Pemeriksaan mendapati kedua-dua mereka dikesan keluar dari negara ini melalui jalan sah ke Thailand.

“Kita (PDRM) sedang menggunakan peruntukan undang-undang yang ada bagi membawa pulang mereka untuk dituduh di mahkamah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan, PDRM mengesan dua individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes berkaitan ketenteraman awam dan sensitiviti agama dipercayai telah melarikan diri ke Thailand.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, hasil risikan mendapati kedua-dua suspek iaitu Zamri dan Tamim telah meninggalkan negara dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dengan bantuan pihak berkuasa Thailand. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN