fbpx
Gambar hiasan.

Tiga negeri hujan lebat hingga waktu berbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang di Pahang, Negeri Sembilan dan Sabah hingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat di Pahang adalah Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera, manakala di Negeri Sembilan membabitkan daerah Jelebu dan Jempol.

Di Sabah, amaran hujan lebat dikeluarkan di Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran).

Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN