PETALING JAYA – Suasana majlis berbuka puasa di kawasan parkir Setia City Mall bertukar riuh apabila hujan turun secara tiba-tiba sehingga menyebabkan orang ramai bergegas mencari tempat berteduh.
Menerusi beberapa perkongsian di Threads, kelihatan pengunjung yang sedang menunggu waktu berbuka terpaksa berganjak dari kawasan terbuka ke tempat berbumbung bagi mengelakkan daripada basah.
Malah, ada juga yang sempat berseloroh ketika berlari mencari perlindungan daripada terkena hujan, sekali gus menceriakan suasana di lokasi berkenaan.
“Siapa yang iftar dekat park Setia City Mall tadi, best tak tiba-tiba hujan turun,” tulis seorang pengguna, i.fthh.
Seorang lagi pengguna, niesamaera, turut berkongsi pengalaman hampir sama ketika berbuka puasa di lokasi tersebut sebelum ini.
“Sama haritu pergi iftar sana pun hujan lebat. Last-last (akhirnya) duduk tepi tangga bawah bumbung… huhu,” katanya.
Perkongsian tersebut mencuit hati ramai pengguna media sosial yang rata-ratanya menganggap situasi itu sebagai kenangan berbuka puasa yang luar biasa dan menceriakan suasana Ramadan tahun ini. – KOSMO! ONLINE














