fbpx
Mohamad Zakkuan (dua dari kiri) bersama pegawai KTMB dan ahli kariah Masjid Al-Imam Ash-Shafie bergotong-royong memasak bubur lambuk di Kuala Lumpur semalam. - Foto SPRM.

SPRM KL, KTMB anjur program gotong-royong bubur lambuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kuala Lumpur (SPRM KL) dengan kerjasama Jabatan Integriti dan Governans, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menganjurkan Program Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk bagi menyemarakkan bulan Ramadan.

Pengarah SPRM KL, Mohamad Zakkuan Talib berkata, program itu melibatkan penyertaan pegawai dan kakitangan daripada kedua-dua agensi yang bergotong-royong menyediakan bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa.

Menurut beliau, bubur lambuk yang siap dimasak kemudian diagihkan kepada warga SPRM KL serta orang ramai di sekitar Masjid Al-Imam Ash-Shafie.

“Penganjuran program ini bukan sahaja menyemarakkan sambutan Ramadan, malah mengeratkan hubungan kerjasama strategik serta memupuk semangat kebersamaan antara warga SPRM KL dan rakan strategik,” katanya pada program Semarak Ihya’ Ramadan SPRM KL di Masjid Al-Imam Ash-Shafie, di sini semalam.

Selain itu, beberapa aktiviti Ihya’ Ramadan turut diadakan termasuk penyampaian Bakul Rezeki kepada penerima terpilih, bacaan surah Yasin dan tahlil, solat Maghrib berjemaah serta Majlis Iftar Perdana SPRM KL.

Turut hadir Ketua Integriti dan Governans KTMB, Ahmad Syamil Ahmad Suhaimi; Pengerusi Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Datuk Kamaruddin Mohamed Shah; ahli jawatankuasa kariah serta pegawai kanan SPRM KL dan KTMB. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI