fbpx
NAFUZI perlu mempersiapkan skuad B-23 negara sekiranya FAM bersetuju untuk menghantar mereka beraksi di temasya Piala Asia nanti. - FB MALAYSIA NT

Skuad B-23 perlu sedia tugasan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapat talian hayat untuk menghantar skuad bawah 23 (B-23) negara ke temasya Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun selepas Majlis Olimpik Asia (OCA) menolak perubahan syarat.

Perkara itu didedahkan oleh ASEAN Football yang menyatakan tuan rumah selaku penganjur telah bersetuju untuk merombak semula peraturan yang telah ditetapkan pada awal tahun ini selepas mendapat bantahan daripada beberapa negara anggota.

“Sebelum ini, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bersama Jawatankuasa Olimpik Jepun mencadangkan supaya hanya pasukan yang layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 dibenarkan beraksi pada temasya tersebut.

“Sekiranya saranan itu diterima, hanya 16 pasukan B-23 dan 12 pasukan wanita saja yang akan beraksi dalam Sukan Asia 2026.

“Bagaimanapun, saranan yang diberikan tidak diterima oleh OCA sekali gus membuka ruang buat semua negara di rantau Asia untuk menghantar pasukan masing-masing sekiranya berminat untuk bertanding,” katanya.

Sebagai rekod, skuad B-23 ketika ini masih tidak memiliki sebarang tugasan antarabangsa selepas berjaya menamatkan kemarau lapan tahun dengan meraih pingat gangsa pada temasya Sukan SEA 2025 di Thailand, Disember lepas.

Keputusan tersebut memberi keceriaan buat skuad kendalian Nafuzi Zain selepas dikritik hebat apabila gagal mempamerkan aksi konsisten sepanjang tahun lalu.

Bagaimanapun, keputusan untuk bertanding di pentas Sukan Asia 2026 bergantung sepenuhnya kepada FAM selepas badan induk itu membuat keputusan menarik diri pada edisi 2022 di China atas kekangan yang tidak didedahkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN