fbpx
Gambar hiasan

‘Saya buat servis hantar orang balik beraya, RM1,200 ke Kelantan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai atau perantau yang masih tidak mempunyai tiket untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung kini mempunyai alternatif selain menggunakan pengangkutan awam.

Ini kerana seorang pengguna di aplikasi Threads yang dikenali sebagai Amirjie ada menyediakan perkhidmatan menghantar perantau balik beraya sehingga depan rumah.

Menerusi perkongsian tersebut, individu berkenaan telah meletakkan harga mengikut negeri dan harga tersebut adalah termasuk kos tol.
“Saya buat servis untuk hantar orang balik kampung beraya. Kedah/Pulau Pinang/Perlis RM1,000, Pahang/Terengganu RM1,000, Kelantan RM1,200, Perak RM300 hingga RM700.

Pengguna Threads dikenali sebagai Amirjie menawarkan khidmat penghantaran pulang berhari raya ke kampung.

“Selangor/Kuala Lumpur RM100 hingga RM250, Negeri Sembilan/Melaka RM500, Johor Bahru RM1,000 dan Singapura RM1,500,” tulisnya.

Mengulas lanjut, individu itu memberitahu, dia menyediakan perkhidmatan tersebut kerana menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur dan bercuti awal serta hobinya memandu serta melancong ke seluruh Malaysia.

“Kalau ada yang nak menggunakan khidmat, atau yang terlepas ‘flight’, terlepas bas pun boleh hubungi, itu pun jika masih kosong,”ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna dikenali sebagai Aidil_putera_puteri memaklumkam harga yang ditawarkan lelaki itu dianggap berbaloi pada musim perayaan.

“Harga tu memamg okey sangat. Saya pernah hantar orang pergi Besut (Terengganu), saya ambil RM1,200 sebab balik kosong.

“Memandu ni letih, jadi kalau orang mampu bayar sebab guna khidmat kita. Bukan senang nk sengkang mata ini, saya pun cadang nak buat lagi, tapi memandangkan cuaca asyik hujan lebat je, risau pulak sebab perempuan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN