fbpx
Tangkap layar gambar hantaran pengguna di media sosial memaparkan kesesakan lalu lintas dan orang ramai di MITEC. Kredit Razinnzrn dan Bukannajmeenzambery.

‘Ramai serbu KL beli baju raya minggu akhir Ramadan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Persiapan menyambut Aidilfitri yang berbaki seminggu lagi menyebabkan jalan raya di sekitar ibu negara mengalami kesesakan teruk sejak malam tadi.

Tinjauan di media sosial mendapati kesesakan trafik dari arah Pantai Timur melalui Tol Gombak menuju ke Kuala Lumpur dilaporkan mengalami kesesakan yang luar biasa.

Situasi itu dipercayai berpunca daripada kemasukan orang luar dari Lembah Klang ke Kuala Lumpur untuk melakukan persiapan akhir membeli-belah barangan raya.
Orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati kerana tidak sanggup berdepan kesesakan lalu lintas selepas terperangkap satu jam walaupun destinasi jaraknya hanya dua kilometer (km).

Antara kawasan yang mengalami kesesakan teruk adalah di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) susulan penganjuran acara Festival Gaya Raya.

Seorang pengguna Threads, Nunaajfr berkata, dia bercadang ke MITEC untuk membeli-belah, tetapi tidak sanggup menempuh kesesakan lalu lintas yang teruk.

“Aku nak pergi MITEC untuk cuci mata, tak nak shopping (beli-belah) sangat pun, tetapi malas nak memandu hadap jem (kesesakan),” kata Nabilahendra_.

Sementara itu, pengguna dikenali sebagai Alya.Franzitch berkata, perkhidmatan gojek merupakan idea yang baik kerana MITEC sentiasa sesak dikunjungi mereka yang mahu membeli barangan persiapan raya.

“Ada yang buat perkhidmatan gojek ke MITEC sebab saya tak sanggup memandu dan (caj) Grab pun mesti mahal,” kata Syiamorales.

Orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan bagi mengelakkan diri daripada terperangkap dalam kesesakan menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI