fbpx
Johari.

Malaysia akan beri penjelasan kepada AS isu lebihan kapasiti, buruh paksa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Malaysia akan memberikan penjelasan kepada Amerika Syarikat (AS) berhubung dakwaan lebihan kapasiti pengeluaran serta penggunaan buruh paksa yang menjadi antara isu dalam siasatan di bawah Seksyen 301 negara itu.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, lebihan kapasiti pengeluaran tidak semestinya bermaksud Malaysia melakukan amalan lambakan terhadap produk yang dieksport ke pasaran AS.

Menurut beliau, sekiranya negara mempunyai lebihan kapasiti sekali pun, ia tidak bermaksud Malaysia menjual produk secara lambakan atau dumping.

“Kalau kita ada lebihan kapasiti sekali pun, tetapi kita tidak melakukan lambakan terhadap produk yang dihantar ke pasaran AS, kita boleh tunjukkan kos sebenar pengeluaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sembang Santai ‘Moreh dengan Yang Berhormat’ di After 6 Coffee, Kampung Baru di sini hari ini.

Terdahulu, Amerika Syarikat memulakan siasatan terhadap tindakan, dasar dan amalan 15 negara termasuk Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) di bawah Seksyen 301(b) Akta Perdagangan 1974.

Siasatan itu berkaitan dakwaan lebihan kapasiti struktur serta pengeluaran dalam sektor perkilangan yang didakwa boleh menjejaskan perdagangan AS.

Wakil Perdagangan AS (USTR), Jamieson Greer dalam kenyataan di Washington berkata, siasatan berkenaan akan menentukan sama ada tindakan, dasar dan amalan negara terbabit tidak munasabah atau menindas sehingga membebankan atau menyekat perdagangan AS.

Antara negara yang terlibat dalam siasatan tersebut ialah China, EU, Singapura, Switzerland, Norway, Indonesia, Malaysia, Kemboja, Thailand, Korea Selatan, Vietnam, Taiwan, Bangladesh, Mexico, Jepun dan India.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI